Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

Share | 
 

 Pulau Pinang Derhaka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 16
Join date : 2009-10-03

PostSubject: Pulau Pinang Derhaka   Sun Oct 04, 2009 2:03 am

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang didakwa menderhaka kerana tidak mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, selaku ketua agama bagi Pulau Pinang untuk melantik pensyarah Universiti Sains Malaysia sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Pada pertengahan Ogos lalu, Seri Paduka memperkenankan pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Ellias Zakaria bagi menggantikan Shabudin Yahaya yang tamat tempoh akhir tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri membuat pengumuman Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Salleh Man sebagai YDP Maipp ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ogos lalu. Pada pilihan raya kecil itu, Mohd Salleh menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman.

Mendedahkan perkara itu, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Berangan, turut mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat terutama penyokong Pas apabila menamakan Mohd Salleh sebagai penggantinya.

Berikutan itu, beliau menyifatkan kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menderhaka kerana mencadangkan Salleh walaupun Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan melantik Ellias.

"Kenapa hendak melindungi dan tidak mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong? Malah, mereka sebaliknya mencadangkan nama orang lain pula (Mohd Salleh) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir. Pada saya, ia bersifat derhaka kerana melanggar perkenan baginda," katanya

Shabudin bercakap kepada pemberita selepas rumah terbuka Aidilfitri anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Sungai Dua di sini, semalam.

Shabudin yang akan memegang jawatan YDP Maipp sehingga akhir tahun ini, keliru dengan perkara itu dan tindakan kerajaan negeri yang belum mewartakan perkenan Yang di-Pertuan Agong yang turut memperkenankan pelantikan Ahli Majlis Maipp yang baru.

"Mengikut apa yang dinyatakan pihak Istana (Negara) saya tidak lagi memegang jawatan itu selepas Yang di-Pertuan Agong membuat perkenan, tetapi ketika saya bertanyakan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Zainal Rahim Seman), beliau kata ia perlu diwartakan terlebih dulu.

"Saya tiada masalah untuk mengundur diri tetapi keadaan sekarang tidak begitu pasti. Saya lihat mereka buat ini semua di luar kebijaksanaan dengan membiarkan pentadbiran Maipp tidak menentu," katanya.

Shabudin turut menuntut kerajaan negeri mengotakan perjanjian antaranya dibuat antara beliau dan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairus Khairuddin, pada Januari lalu iaitu individu yang dilantik sebagai YDP Maipp bukan kalangan ahli politik. (Mohd Fairus meletak jawatan pada April lalu).
Back to top Go down
http://duitfree.forumotion.com
 
Pulau Pinang Derhaka
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Baronang si penggemar lumut
» Baronang and the gang!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: