Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

Share | 
 

 Ghairah Lihat Isteri Rakan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 16
Join date : 2009-10-03

PostSubject: Ghairah Lihat Isteri Rakan   Sun Oct 04, 2009 2:04 am

AMPANG: Ghairah melihat isteri rakannya yang cantik dan berpakaian menjolok mata membuatkan seorang lelaki tidak dapat menahan nafsunya apabila dia meraba punggung wanita terbabit di pusat perniagaan Waterfront, dekat sini, kelmarin.

Malah, tindakan biadab itu dilakukan di hadapan suami mangsa ketika pasangan terbabit yang juga peniaga berada di restoran mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek yang menjalankan perniagaan bersebelahan restoran pasangan itu tiba-tiba menghampiri wanita berkenaan yang duduk di atas kerusi.

Sejurus menghampiri mangsa, lelaki berkenaan memasukkan tangannya dan menarik seluar dalam wanita terbabit walaupun suami mangsa duduk di bangku berhampiran.

Difahamkan, lelaki berkenaan mencabul wanita terbabit kerana dia dikatakan tidak gentar dengan suami mangsa yang berbadan lebih kecil daripadanya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu membawa padah apabila suami mangsa memanggil dua pekerja restorannya yang kemudian membelasah lelaki terbabit sebelum mereka menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan, berkata susulan daripada itu polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang berusia 45 tahun untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis turut menahan dua pekerja restoran berusia lingkungan 20-an kerana kesalahan memukul suspek.

“Siasatan awal mendapati lelaki yang mencabul itu mendakwa dia tidak berniat meraba dan hanya mahu menarik seluar wanita berkenaan yang agak terlondeh.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian pasangan suami isteri berusia 40-an dan 28 tahun itu sedang berehat di hadapan restoran mereka.

“Suspek berbadan agak besar manakala suami mangsa berbadan lebih kecil daripadanya membuatkan lelaki berkenaan tidak gentar dan berani melakukan perbuatan biadap itu.

“Bagaimanapun, suami mangsa yang mengetahui dia tidak mampu beradu tenaga dengan suspek meminta tolong dua pekerjanya,” katanya.

Difahamkan, dua pekerja yang berang dengan tindakan biadap lelaki itu memukul suspek menggunakan kerusi namun lelaki itu hanya cedera ringan.

Menurutnya, polis menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala dua pekerja yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Back to top Go down
http://duitfree.forumotion.com
 
Ghairah Lihat Isteri Rakan
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» JUAL AQUARIUM SET UNTUK BREEDING IKAN DISCUS

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: