Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

Share | 
 

 Di sebabkan Rasuah, Gempa bumi Menimpa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dragonfly



Posts : 23
Join date : 2009-10-04

PostSubject: Di sebabkan Rasuah, Gempa bumi Menimpa   Thu Oct 08, 2009 5:16 am

BUNGA PASANG 6 Okt. - Seorang suri rumah, Edib Mulyati berdiri di tengah-tengah runtuhan rumahnya yang musnah dalam gempa bumi di Sumatera Barat pada Rabu lalu dan tersenyum sinis apabila kerajaan Indonesia menjanjikan bantuan kepada mangsa bencana itu.

Wanita itu percaya kebanyakan bantuan tersebut akan jatuh ke tangan pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah.

Isteri kepada seorang kakitangan kerajaan peringkat bawahan itu mengetahui perjalanan sistem di negara ini dan menjangka hanya sedikit dana yang akan sampai kepada mangsa yang amat memerlukannya selepas wang itu melalui pelbagai peringkat kerajaan.

"Wang itu semakin menyusut dan akhirnya jumlah yang tinggal boleh diibaratkan sebagai ekor tikus. Itulah Indonesia," katanya kepada AFP di kampung Bunga Pasang, pinggir bandar Padang.

Negara yang mempunyai 234 juta penduduk ini berada di tangga ke-126 dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh pertubuhan Transparency International (TI), meletakkannya setanding dengan negara-negara Afrika seperti Uganda dan Libya.

Kerajaan menjanjikan peruntukan 6.0 trilion rupiah (RM2.18 bilion) bagi usaha pembangunan semula di Sumatera Barat.

Di rumah Edib, empat sekeluarga itu tidak lagi berani menduduki bilik-bilik tidur yang sudah musnah, sebaliknya mereka menghuni ruang rehat di depan. Di situlah mereka tidur dengan pintu depan terbuka luas, kalau-kalau gempa bumi berlaku lagi dan mereka perlu melarikan diri dengan pantas.

Suami Edib yang tidak mahu namanya disiarkan kerana takut dikenakan tindakan berkata, keluarganya sudah pun menanggung hutang 75 juta rupiah (RM22,500) dan tidak mampu membina semula rumah mereka tanpa bantuan kerajaan.

"Saya mendapat tahu kerajaan mahu menghulurkan bantuan tetapi saya tidak yakin kami akan mendapatnya.

"Menteri-menteri memberi jaminan bantuan tidak akan digelapkan, tetapi hakikatnya begitulah," katanya.

Empat rumah keluarga Ali Lintar, 36, ranap dalam gempa bumi minggu lepas dan pengawal keselamatan itu mendakwa dia sendiri pernah melalui pengalaman wang bantuan lenyap semasa hendak disalurkan kepada mangsa.

Selepas rumah kecilnya runtuh dalam gempa bumi di selatan Sumatera pada 2007, Ali dijanjikan 15 juta rupiah (RM5,512) untuk membinanya semula tetapi akhirnya hanya mendapat separuh daripada jumlah tersebut.

Datuk Bandar Padang, Fauzi Bahar menjanjikan tindakan segera daripada kerajaan dan berkata, bantuan akan sampai ke tangan penduduk seperti Ali dan lainnya yang hilang tempat tinggal.

"Saya memberi jaminan 100 peratus, rasuah tidak akan berlaku. Kami akan membelanjakan semua sumbangan dan dana untuk penduduk, kami tidak akan menyalahgunakannya dan membiarkan rakyat menderita," tegas beliau.

Namun ibu Ali, Eti Aslyarti, 50, mendapati reaksi awal pihak kerajaan kurang meyakinkan.

Beberapa pekerja Palang Merah melintas di kawasan itu untuk meninjau kerosakan dan kemudian segelintir pegawai kerajaan muncul untuk menyerahkan satu bungkusan kecil nasi kepada setiap penduduk.

"Lima minit kemudian mereka pun beredar," kata Eti dengan nada geram. - AFP
__________________
Back to top Go down
 
Di sebabkan Rasuah, Gempa bumi Menimpa
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: