Berforum sambil jana income
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» MESTI.MY..IKLANKAN PRODUK PERCUMA SAMBIL JANA INCOME
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyWed Oct 28, 2009 8:32 am by ana67

» Asalamulaikum
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyWed Oct 28, 2009 8:28 am by ana67

» Signal Forex Bagi GBPUSD
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptySat Oct 24, 2009 9:24 am by dragonfly

» Signal Forex bagi GBPJPY
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptySat Oct 24, 2009 9:11 am by dragonfly

» Salam Perkenalan
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyFri Oct 23, 2009 8:42 pm by putrinor

» MENJANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL BERFORUM
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyMon Oct 19, 2009 2:11 am by KingKong

» BOMOH JAMPI TAK MENJADI
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyMon Oct 19, 2009 2:09 am by dragonfly

» KERAJAAN MENARIK BALIK ELAUN KAKITANGAN AWAM
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyMon Oct 19, 2009 2:08 am by dragonfly

» Maut Main Bola
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyMon Oct 19, 2009 2:05 am by mothercute

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

 

 Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran

Go down 
3 posters
AuthorMessage
perkasa

perkasa


Posts : 13
Join date : 2009-10-04

Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran Empty
PostSubject: Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran   Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyFri Oct 09, 2009 9:37 pm

ARIAMAN: Setiap kali waktu solat, saya menangis kerana teringatkan anak
bongsu yang terkorban ketika membantu imam mengajar al-Quran kepada
kanak-kanak kampung ini, kata Sariman Sakan, 55, yang kehilangan lima
anak dalam runtuhan tanah di Kampung Lubuk Laweh, di sini.



Katanya, Sulaiman Mohammad, 11, tahfiz terbaik di kampung itu adalah
harapan gurunya untuk mengajar kanak-kanak sebaya malah pelajar lebih
tua membaca al-Quran.



Sulaiman terang hati, walaupun berusia 11 tahun dia pandai mengaji
al-Quran dan sering menjadi johan tilawah di sini, katanya ketika
ditemui Berita Harian.



Sulaiman antara lebih 30 kanak-kanak tertimbus di masjid apabila Bukit
Tandikek runtuh dan menenggelamkan kampung itu akibat gempa, Rabu
minggu lalu.



Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, lebih 200 penduduk terkorban dan sehingga kini kebanyakan mayat belum ditemui.



Kerajaan Indonesia menghentikan operasi mencari dan menyelamat
menjadikan kawasan itu termasuk dua kampung berhampiran sebagai
perkuburan besar.



Sariman berkata, sejak berusia lima tahun, Sulaiman sering
mengejutkannya untuk solat Subuh dan memaklumkan kepadanya setiap kali
masuk waktu solat.



Tidak kira sakit atau sihat, Sulaiman tidak pernah gagal mengejutkan saya solat Subuh, katanya menangis.



Sariman turut kehilangan empat lagi anak berusia antara 19 hingga 30 tahun dalam kejadian berkenaan.



Tinjauan Berita Harian mendapati selepas lebih seminggu gempa, penduduk
membina semula rumah menggunakan sisa runtuhan. Di pinggir Kota Padang,
penduduk menggunakan sisa runtuhan rumah untuk mendirikan tempat
berlindung.



Di kampung pula, penduduk menggunakan buluh sebagai tiang serta plastik kanvas sebagai bumbung.



Ada juga yang enggan membina semula rumah dan lebih selesa berkhemah di kawasan terbuka kerana bimbang gempa susulan.



Ketua Kampung Tengah Limau Purut, Rustam Jalaluddin Datuk Simaraja, 50,
berkata kira-kira 40 keluarga di kawasan itu hilang tempat tinggal dan
sehingga kini tiada bantuan diterima.
Back to top Go down
KingKong




Posts : 4
Join date : 2009-10-05

Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran Empty
PostSubject: Re: Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran   Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyFri Oct 09, 2009 9:47 pm

Al-fatihah....
Back to top Go down
GoldMine




Posts : 2
Join date : 2009-10-04

Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran Empty
PostSubject: Re: Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran   Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran EmptyFri Oct 09, 2009 9:58 pm

Tuhan lebih sayang dia. Al - Fatihah. Agar roh dia di tempatkan di kalangan orang yang soleh.
Back to top Go down
Sponsored content





Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran Empty
PostSubject: Re: Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran   Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran Empty

Back to top Go down
 
Anak tertimbus ketika mengajar Al-Quran
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anak mati tergantung
» Wanita Melahirkan Bayi Ketika KOMA
» 10 Perkara yang patut anda tahu ketika di tahan polis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: