Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

Share | 
 

 Maut Main Bola

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mothercute



Posts : 4
Join date : 2009-10-05

PostSubject: Maut Main Bola   Mon Oct 19, 2009 2:05 am

KUANTAN: Suasana riuh serta sorakan padu pemain bola sepak pantai di Teluk Chempedak di sini, bertukar tragedi menyedihkan apabila seorang pemain dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia akibat serangan jantung, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa, Mejar Zainudin Abd Ghani, 49, dari Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, 45 minit kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak ATM yang juga peserta bola sepak pantai.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa turut serta dalam perlawanan persahabatan bola sepak pantai dengan pihak media sebelum mangsa berehat di tebing.

Katanya, ketika berehat, mangsa secara tiba-tiba jatuh pengsan sebelum dibantu sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tiba di tempat kejadian.

Zulkifli Taha berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan bagi urusan pengebumian sebaik saja bedah siasat selesai dijalankan.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Pahang (KMP), Nik Naizi Nik Husin, berkata sebelum kejadian, dia melihat mangsa berjalan seorang diri di belakangnya.

“Tidak sampai lima minit kemudian, saya terkejut apabila melihat mangsa rebah sebelum memanggil anggota JPAM untuk meminta bantuan kecemasan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sebanyak 32 pasukan menyertai penyertaan Kejohanan Bola Sepak Pantai Kebangsaan yang pertama kali dianjurkan berlangsung di pantai Teluk Cempedak di sini, berakhir semalam.

Kejohanan itu diadakan sempena menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-79.
Back to top Go down
 
Maut Main Bola
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Getting the error msg 'Error: Could not find or load main class java-jar' while executing the selenium code in eclipse
» Exception in thread "main" java.net.BindException: Selenium is already running on port 4444. Or some other service is.
» Few Codes required
» how to put this slider into my annoucement
» popup PhPUnit -pass data onto main window

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: