Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalSearchMemberlistRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

Share | 
 

 BOMOH JAMPI TAK MENJADI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dragonfly



Posts : 23
Join date : 2009-10-04

PostSubject: BOMOH JAMPI TAK MENJADI   Mon Oct 19, 2009 2:09 am

GOMBAK: Jika bomoh sebelum ini kerap dipanggil untuk menghalau hantu atau jembalang namun sebaliknya pula berlaku apabila seorang bomoh wanita diupah untuk mencegah pegawai penguat kuasa menyerbu pejabat menjual pil seks haram.

Bomoh berusia 50-an itu yang memekik sambil membaca jampi mentera sambil membakar colok dikatakan cuba mengusir sekumpulan pegawai penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan pemeriksaan di sebuah premis Jalan Gombak di sini, pagi semalam.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa farmasi KKM, berkata dalam gerakan kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 10 pegawai penguat kuasa melakukan serbuan di sebuah rumah kedai yang dikesan menjadi stor menyembunyikan pelbagai ubatan seks yang diseludup dari luar negara.

Menurutnya, kejayaan mengenal pasti lokasi stor rahsia terbabit hasil risikan pihaknya sejak lebih sebulan lalu bagi mengesan sindiket yang menyeludup dan menjual pelbagai ubat-ubatan dan pil perangsang seks haram di pasaran tempatan.

“Siasatan mendapati sindiket menjual ubat atau pil rangsangan seks berkenaan gemar mempromosikan perniagaan dengan menampal poster atau kain rentang di tempat awam selain tiang lampu jalan untuk menarik perhatian pelanggan.

“Pegawai penguat kuasa farmasi yang sekian lama cuba membanteras kegiatan berkenaan akhirnya berjaya mengesan lokasi premis yang dijadikan markas memproses dan menyimpan pelbagai ubatan seks haram itu.

“Ketika serbuan dilakukan, sindiket berkenaan didapati mengupah seorang bomoh wanita untuk membaca mentera sekuat hati di dalam stor berkenaan sambil membakar berpuluh batang colok,” katanya.

Menurutnya, tindakan bomoh wanita terbabit yang seolah-olah cuba mengganggu operasi pegawai farmasi berkenaan menyebabkan bilik stor terbabit dipenuhi kepulan asap colok hingga menyesakkan nafas pegawai bertugas.

“Bomoh wanita berkenaan langsung tidak mengendahkan pegawai yang melakukan pemeriksaan apabila terus membacakan mentera selain turut mengeluarkan kata-kata kesat dan ‘sumpahan’ kepada pegawai yang berada di lokasi kejadian.

“Walaupun diugut dengan mentera dan sumpahan ilmu hitam, namun pegawai penguat kuasa farmasi tidak sedikitpun gentar dan terus melakukan operasi walaupun tiga bilik di dalam stor berkenaan berada dalam keadaan berkunci rapi,” katanya.

Menurutnya, semua bilik terbabit akhirnya dapat dibuka sebelum pegawai penguat kuasa menemui ‘ubat kuat’ haram yang disembunyikan di dalam bilik kebal berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati sebanyak 477 kotak ‘ubat kuat’ disembunyikan selain 455 bungkusan ubat kurus haram yang disyaki mengandungi racun berbahaya sibutramine,” katanya.
Back to top Go down
 
BOMOH JAMPI TAK MENJADI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kreatif : Cara mengubah TV antik menjadi Aquarium
» [Guide] Roleplay menjadi Biker
» Perlengkapan yang dibutuhkan aquarium laut
» aquarium menjadi kolam ikan
» menjawab pertanyaan tentang apakah ikan air laut bisa di transisi menjadi air tawar???

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: