Berforum sambil jana income
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» MESTI.MY..IKLANKAN PRODUK PERCUMA SAMBIL JANA INCOME
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyWed Oct 28, 2009 8:32 am by ana67

» Asalamulaikum
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyWed Oct 28, 2009 8:28 am by ana67

» Signal Forex Bagi GBPUSD
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptySat Oct 24, 2009 9:24 am by dragonfly

» Signal Forex bagi GBPJPY
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptySat Oct 24, 2009 9:11 am by dragonfly

» Salam Perkenalan
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyFri Oct 23, 2009 8:42 pm by putrinor

» MENJANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL BERFORUM
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyMon Oct 19, 2009 2:11 am by KingKong

» BOMOH JAMPI TAK MENJADI
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyMon Oct 19, 2009 2:09 am by dragonfly

» KERAJAAN MENARIK BALIK ELAUN KAKITANGAN AWAM
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyMon Oct 19, 2009 2:08 am by dragonfly

» Maut Main Bola
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyMon Oct 19, 2009 2:05 am by mothercute

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

 

 Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur

Go down 
AuthorMessage
driftking

driftking


Posts : 4
Join date : 2009-10-05

Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur Empty
PostSubject: Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur   Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur EmptyWed Oct 14, 2009 8:34 am

PADANG – Pihak berkuasa Indonesia semalam mengisytiharkan tujuh buah perkampungan yang lenyap ekoran gempa bumi pada bulan lalu sebagai tanah perkuburan besar.

Tindakan terbaru itu menyusul setelah pemerintah Indonesia menghentikan usaha menyelamat lebih 200 orang penduduk kampung terbabit yang dipercayai tertimbus hidup-hidup.

Keputusan tersebut dibuat selepas pihak berkuasa berbincang dengan penduduk tempatan, kata Ketua Polis Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya kepada pemberita.

Perkampungan itu lenyap dalam kejadian tanah runtuh ekoran gempa bumi sekuat 7.6 pada skala Richter yang melanda wilayah Sumatera Barat pada 30 September lalu.

“Kita sudah mendapat persetujuan untuk menghentikan kerja-kerja mencari mangsa dan kawasan tanah runtuh itu dianggap sebagai kubur,” kata Uden.

Gempa bumi kuat itu meragut 809 nyawa penduduk di bandar Padang, menurut perangkaan rasmi tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan angka korban mencecah 1,100 orang. – AFP
Back to top Go down
 
Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Filipina jadi sungai besar.
» Keranda Pulang ke Kampung Asal
» Universiti Indonesia henti ambil pelajar kita

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: