Berforum sambil jana income
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» MESTI.MY..IKLANKAN PRODUK PERCUMA SAMBIL JANA INCOME
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyWed Oct 28, 2009 8:32 am by ana67

» Asalamulaikum
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyWed Oct 28, 2009 8:28 am by ana67

» Signal Forex Bagi GBPUSD
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptySat Oct 24, 2009 9:24 am by dragonfly

» Signal Forex bagi GBPJPY
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptySat Oct 24, 2009 9:11 am by dragonfly

» Salam Perkenalan
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyFri Oct 23, 2009 8:42 pm by putrinor

» MENJANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL BERFORUM
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyMon Oct 19, 2009 2:11 am by KingKong

» BOMOH JAMPI TAK MENJADI
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyMon Oct 19, 2009 2:09 am by dragonfly

» KERAJAAN MENARIK BALIK ELAUN KAKITANGAN AWAM
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyMon Oct 19, 2009 2:08 am by dragonfly

» Maut Main Bola
Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyMon Oct 19, 2009 2:05 am by mothercute

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

 

 Keranda Pulang ke Kampung Asal

Go down 
2 posters
AuthorMessage
dragonfly

dragonfly


Posts : 23
Join date : 2009-10-04

Keranda Pulang ke Kampung Asal Empty
PostSubject: Keranda Pulang ke Kampung Asal   Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyFri Oct 09, 2009 9:29 pm

CHARLES Coghlan dilahirkan di Pulau Prince Edward, di pesisiran pantai
timur Kanada pada 1841 dalam keluarga pendatang Ireland yang miskin.
Sebaik mencecah usia persekolahan, jiran Coghlan mengutip sumbangan
untuk menghantarnya bersekolah di England.



Coghlan menunjukkan kecemerlangan ketika di bangku sekolah dan berjaya
melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Dia, bagaimanapun
menaikkan kemarahan bapanya apabila menyuarakan hasratnya menjadi
pelakon.



Bapanya yang menentang keras keinginan itu memberi kata dua kepada
Coghlan - lupakan bidang lakonan atau jangan menjejakkan kaki lagi di
rumah mereka. Coghlan memilih untuk meneruskan cita-citanya,
meninggalkan rumah dan berjanji tidak akan kembali ke Pulau Prince
Edward lagi.



Coghlan nyata membuat pilihan kerjaya tepat kerana menjadi pelakon berjaya, dengan lakonannya selalu mendapat pujian penonton.



Satu hari, Coghlan melawat seorang tukang tilik dan wanita gipsi itu
memberitahu sesuatu yang membuatkan Coghlan amat mengingatinya. Dia
berkata: “Charles, awak akan menjadi amat terkenal tetapi akan mati di
kemuncak kemasyhuran. Roh awak tidak akan tenang sehingga awak
dikembalikan ke tanah kelahiran awak.”



Coghlan amat terganggu dan kagum dengan ramalan itu, dan kerap
mengulangi perkara itu kepada rakannya dalam setiap perbualan tetapi
mereka menyifatkan ia karut.



Petanda awal ramalan tukang tilik itu menjadi kenyataan ialah pada 1898
apabila Coghlan meninggal dunia secara tiba-tiba di atas pentas ketika
melakonkan watak Hamlet di Galveston, Texas. Ketika itu, lakonan
Coghlan mendapat pujian hebat pengkritik teater dan memang benar, dia
meninggal dunia pada kemuncak kemasyhurannya.



Minggu berikutnya, Coghlan dikebumikan di tanah perkuburan Galveston.
Dua tahun kemudian, taufan dahsyat melanda Galveston dan mengorbankan
6,000 orang serta memusnahkan tanah perkuburan tempat Coghlan
disemadikan.



Pagi berikutnya, pihak berkuasa mendapati beberapa keranda dihanyutkan
oleh taufan itu ke laut dan salah satu keranda itu mengandungi mayat
Coghlan. Apabila keluarga Coghlan dimaklumkan mengenai tragedi
berkenaan, mereka menawarkan ganjaran lumayan kepada sesiapa saja yang
berjaya menemui keranda itu tetapi tiada siapa tampil berbuat demikian.



Pada Oktober 1908, kira-kira lapan tahun selepas taufan melanda
Galveston, beberapa nelayan di Pulau Prince Edward menemui sebuah
keranda besar terapung dipukul ombak ke pantai kepulauan itu. Menurut
kepingan perak yang terlekat padanya, ia adalah keranda Charles Coghlan
yang hilang sekian lama.



Keranda itu melakukan perjalanan beribu-ribu kilometer dari tanah
perkuburan Galveston untuk tiba di tanah kelahiran Coghlan, seperti
yang diramalkan tukang tilik 10 tahun sebelum itu.



Sehingga kini ia kekal sebagai misteri dan menjadi salah satu daripada cerita benar paling pelik dalam sejarah.
Back to top Go down
KingKong




Posts : 4
Join date : 2009-10-05

Keranda Pulang ke Kampung Asal Empty
PostSubject: Re: Keranda Pulang ke Kampung Asal   Keranda Pulang ke Kampung Asal EmptyFri Oct 09, 2009 9:48 pm

huhuuhu.. Sungguh menyayat hati. Menyeramkan pon ader. Keranda Pulang ke Kampung Asal Icon_razz Keranda Pulang ke Kampung Asal Icon_razz
Back to top Go down
 
Keranda Pulang ke Kampung Asal
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Indonesia isytihar 7 kampung jadi kubur

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: Cerita Hantu, Seram, Pelik, Misteri-
Jump to: