Berforum sambil jana income
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Jom buat duit dengan hanya berforum. Anda hanya perlu post mesej kedalam forum dan dapatkan bayaran.
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» MESTI.MY..IKLANKAN PRODUK PERCUMA SAMBIL JANA INCOME
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyWed Oct 28, 2009 8:32 am by ana67

» Asalamulaikum
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyWed Oct 28, 2009 8:28 am by ana67

» Signal Forex Bagi GBPUSD
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptySat Oct 24, 2009 9:24 am by dragonfly

» Signal Forex bagi GBPJPY
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptySat Oct 24, 2009 9:11 am by dragonfly

» Salam Perkenalan
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyFri Oct 23, 2009 8:42 pm by putrinor

» MENJANA PENDAPATAN PASIF SAMBIL BERFORUM
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyMon Oct 19, 2009 2:11 am by KingKong

» BOMOH JAMPI TAK MENJADI
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyMon Oct 19, 2009 2:09 am by dragonfly

» KERAJAAN MENARIK BALIK ELAUN KAKITANGAN AWAM
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyMon Oct 19, 2009 2:08 am by dragonfly

» Maut Main Bola
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyMon Oct 19, 2009 2:05 am by mothercute

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 

 

 Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara

Go down 
AuthorMessage
driftking

driftking


Posts : 4
Join date : 2009-10-05

Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara Empty
PostSubject: Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara   Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara EmptyWed Oct 14, 2009 8:32 am

PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) -- Penambahbaikan sistem penyampaian kehakiman yang baru terbukti berkesan apabila seorang peguam kanan mendedahkan bahawa dia menamatkan perbicaraan lapan kes dalam tempoh hanya empat bulan, berbanding keadaan sebelum ini yang memerlukan kira-kira lima tahun untuk menyudahkan satu perbicaraan, kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Katanya beliau menerima satu surat yang ditulis sendiri oleh peguam kanan itu yang identitinya dirahsiakan, yang mengucapkan tahniah kepada badan kehakiman terhadap pencapaiannya dalam menambah baik sistem penyampaian.

Beliau berkata dalam surat itu peguam berkenaan berkata beliau berjaya menyudahkan lapan kes perbicaraan, menutup failnya dan mengambil bayaran, sedangkan sebelum ini ia memerlukan lima tahun untuk menyiapkan hanya satu perbicaraan.

"Dia (peguam itu) juga berkata sistem kehakiman juga kini diwarnai dengan sikap gigih bekerja di kalangan para hakim yang sanggup mengorbankan waktu makan tengah hari mereka, mengorbankan waktu rehat petang, malah ada yang bekerja sehingga pukul 7 malam tanpa sebarang rungutan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis angkat sumpah tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dinaik pangkat ke Mahkamah Persekutuan, tiga Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik Hakim Mahkamah Rayuan, serta enam pesuruhjaya kehakiman yang dilantik ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Heliliah Mohd Yusof dilantik sebagai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, manakala Datuk T.Selventhiranathan, Datuk Tee Ah Sing @ Tee Boon Hooi dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Enam pesuruhjaya kehakiman yang dilantik ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi pula terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Ahmad Zaidi Ibrahim, Dr. Hamid Sultan Abu Backer, Abang Iskandar Abang Hashim, Nallini Pathmanathan dan Mohamad Ariff Md. Yusof.

Mereka mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Zaki, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff serta Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman di sini.

Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai hari ini.

Terdahulu, mereka menerima surat pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam ucapannya pada majlis hari ini Zaki menyuarakan cadangan mengenai keperluan untuk mewujudkan satu Mahkamah Rayuan khas untuk mendengar atau mengenepikan rayuan kes-kes komersil yang dilupuskan dengan pantas oleh Mahkamah Komersil Baru (NCC) yang ditubuhkan bulan lepas.

Beliau mengemukakan cadangan itu kepada Alauddin, dalam usaha menangani rayuan yang dijangka meningkat ekoran tindakan pantas dalam mengenepikan kes-kes itu.

"Kepada para hakim di peringkat rayuan, kita perlu bersedia menghadapi kes rayuan yang banyak memandangkan pelupusan kes yang pantas di Mahkamah Tinggi, NCC dan juga Mahkamah Rendah," katanya.

Zaki berkata NCC, yang ditubuhkan pada 1 September lalu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, menarik hakim-hakim serta pesuruhjaya kehakiman yang pakar dalam perkara-perkara komersil, dan sehingga kini ia berjalan dengan lancar.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm....php?id=447063
Back to top Go down
 
Penambahbaikan Sistem Penyampaian Kehakiman Berkesan, Kata Ketua Hakim Negara
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Berforum sambil jana income :: GENERAL CHAT :: News, Current Issues-
Jump to: